Berehat Sebentar ye!!!

ANTARA YANG MENARIK

Jam kite...


Pages

Monday, July 9, 2012

BILA TEKAK TERASA NAK MAKAN SESUATU...



Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung.  Lama gak tak balik...sebulan rasanya..hik..hik...kira lama la tu kan...lagipun kami balik sebab mak mertuaku tak berapa sihat. Almaklum le sekarang ni musim demam.

Balik Kg.Gajah aku bodek bapak aku suruh amek pisang...konon2 niat awal tu nak buat kerepek...dah lama tak makan kerepek...lagipun ada la aktiviti aku dimasa lapang dan terluang tu..hehehh....and..rezeki aku masa tu ada jugak pisang muda yang tinggal...time kasih abah.....hehehe

Bawak pisang balik Petaling Jaya....bertolak malam...dah sampai sini tengah malam...beg pulak banyak sangat tak cukup tangan nak bawak...jadik pisang terpaksalah berkorban tinggal kat dalam bonet..hehehe....last2 lusa baru bawak naik umah....

Bila En.Ahmad Rizal bawak naik..tu dia!!!!! dah ada yang nak kuning....hahahha..mcm mana nak buat kerepek ni...last2 aku belek2 mana yang masih muda..dapat la dalam 2 sikat yang boleh dibuat kerepek...hahahha...dan yang selebihnye......seminggu pas tu aku jadikkan pengat pisang..mmm...sedap gak....

PENGAT PISANG


  •  Sesikat pisang masak (Aku guna pisang abu...org kg aku panggil pisang abu..hehehe)
  •  Semangkuk sederhana santan kelapa (sukat kuantiti santan ikut paras pisang dalam periuk..)
  • 4 senduk kecil gula (ikut tahap manis yg anda suka ye)
  • Sesenduk kecil gula merah...(untuk jadikkan colour gelap sikit..)
  • 3 helai daun pandan..(untuk bagi  bau wangi)
CARA MEMASAK

  • Pisang dibuang kulit dan dibelah menjadi keping2 kecil.
  • Masukkan santan dan daun pandan ke dalam periuk. 
  • Bila santan dah menggelegak masukkan gula kemudian kacau.  Pastu masukkan pula gula merah.  Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan pula pisang yang telah dipotong tadi.
  • Kacau sehingga pisang menjadi lebih lembut dan warna gula merah telah diserap sepenuhnya...dan santan pula menjadi pekat..
  • Siap...boleh makan...


No comments: