Berehat Sebentar ye!!!

ANTARA YANG MENARIK

Jam kite...


Pages

Sunday, July 29, 2012

Nasi Hujan Panas + Sambal Ayam + Acar Timun

Juadah berbuka puasa untuk hari ini!!!!!
Tetibe je aku teringin nak makan Nasi Hujan Panas + Sambal Ayam + Acar Timun....dan untuk pengetahuan u all, sepanjang 29tahun aku hidup kat bumi Allah ni...inilah pertama kali aku masak menu ni....dan Alhamdulillah cubaan pertama kali ini telah berjaya....Lebih kembang lagi bila anak aku yang sulong tu cakap "Ibu sedap!"..Emmm...rasa macam nak masak hari-hari je bila kena puji...heheheh!!

Emmmm...Boleh la aku masukkan dalam list menu tempahan minggu depan....Tempahan dari opis lama aku...diaorang ada jamuan berbuka puasa...Alhamdulillah....rezeki dari Allah....

So, bagi yang nak cuba resepi ni boleh rujuk resepi kat bawah ni....selagi boleh berkongsi...kita berkongsi la ye...

Nasi:


a) 3 1/2 cawan beras biasa (aku guna beras  jati je...kalu guna beras basmati lagi sedap)
b) 4 cawan air
c) 1/2 cawan susu cair (sukatan ikut bahan sukatan beras)
d) Bahan penumis:

  • 1 biji bawang merah (sederhana)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia 
  • 1/2 inchi kunyit
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 batang kulit kayu  manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga.
  • 1 sudu besar marjerin (untuk menumis)
  • 3 helai daun pandan yang telah dicarik-carik kemudian diikat.
e) Sedikit kismis / Gajus (aku guna kismis je)
f)  Pewarna hijau & Merah

Cara-Cara Memasak nasi Hujan Panas


  1. Blend semua bawang merah, bawang putih, halia & kunyit.
  2. Basuh beras kemudian toskan.
  3. Panaskan periuk nasi di atas dapur gas dan masukkan marjerin.  Bila minyak dah panas masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bungan cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumiskan  semua bahan-bahan yang telah diblend tadi beserta dengan kiub ayam.  Masukkan daun pandan.
  4. Bila dah naik bau tumisan tu masukkan pula beras. Masukkan garam kemudian kacau rata.  
  5. Masukkan 4 cwn air ke dalam periuk dan kacau.  biarkan dalam 1 minit kemudian masukkan pula susu cair tadi dan kacau lagi. Bila dah sebati angkat periuk nasi ke dalam periuk elektrik.  Masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering, masukkan kismis atau gajus dan kacau nasi.
  7. Kemudian taburkan pewarna satu per satu. Jangan terus kacau , biarkan dalam 5 minit.  Bila nasi dah betul-betul masak baru kacau nasi dan warna tidak akan bercampur.
  8. Siap dan boleh dihidangkan.
Ayam Sambal

  1. 1/2 ekor ayam dipotong sederhana dibasuh 
  2. Serbuk kunyit
  3. Sedikit garam
  4. Sedikit minyak untuk menggoreng
  5. Semangkuk kecil cili kering yang telah diblend @ 10 batang cili kering diblend
  6. 6 biji bawang merah (untuk blend)
  7. 3 ulas bawang putih(untuk blend)
  8. 1 inchi halia
  9. Semangkuk Kecil Sos Cili
  10. 2 sudu gula
  11. Sedikit aji nomoto
  12. Sedikit asam jawa
(Bahan B)
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara-Cara

  • Gaulkan ayam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Jangan terlampau masak nanti tak sedap ayam jadi keras.
  • Blend bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering sehingga hancur.
  • Ambil sedikit baki minyak goreng ayam tadi.  Panaskan kemudian tumis semua bahan B sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi. biarkan mendidih dan kemudian masukkan sedikit  garam, gula, sos cili dan kemudian masukkan pak ajinomoto. Kacau dan masukkan pula ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  • Kacau sehingga masak.  Jangan lupa rasa garam dan gula agar secukup rasa. 
  • Bagi menampakkan sambal kelihatan hitam sedikit masukkan 1 sudu kicap...
  • Siap dan boleh dihidangkan.
Acar Timun

  • 1 biji timun
  • 1 biji carrot
  • 1 biji bawang
  • 3 sudu gula
  • Secubit garam
  • 2 sudu cuka @ boleh digantikan dengan air limau nipis
Cara-Cara:

  1. Potong timun dan carrot secara memanjang dan halus.
  2. Bawang dihiris nipis
  3. Gaulkan semua timun, carrot dan bawang bersama gula, garam dan cuka.
  4. Pastikan semua bahan secukup rasa.  Jika kurang manis tambahkan gula dan sekiranya kurang masam boleh tambahkan cuka.
  5. Siap dan boleh dihidangkan!

2 comments:

Amy san said...

akak....sebijik sama dgn menu raya umah Amy...hehehe
xcaya tanye Aien...

Selamat Hari Raya...cute anak k.syidah!!

norsadira said...

Selamat hari raya..harini nk try resepi ini.. jmout singgah blog saya ea dirawanhartawan.blogsport.com.my