Berehat Sebentar ye!!!

ANTARA YANG MENARIK

Jam kite...


Pages

Saturday, May 19, 2012

RESEPI UNTUK DIKONGSI....

KUAH ROJAK BUAH

Yuhuuuuu....I'm back....tetibe plak teringat resepi kuah rojak..resepi mak aku yang tak kurang hebatnye....Kuah Rojak...teringat masa mengandung anak sulung aku dulu...teringin sangat nak makan rojak buah tapi nak mak yang buat sendiri...

So...hari ni rasa macam teringin plak nak buat kuah tu..leh jugak makan time boring-boring kan....buat sendiri lagi best...dapat banyak & bleh simpan lama jugak.....

Aku nak attached resepi ni sket...so sape2 yang nak cube silakan......

BAHAN2

  1. Kicap 1 botol
  2. Kacang tanah 1 kilo...nak lebih pun bleh bagi yang suka kacang banyak..
  3. Sos cili 1 botol 
  4. Cili kering RM1.00..
  5. 1 kilo gula pasir
  6. Belacan 1 paket (cairkan dengan sedikit air)
  7. Gula merah (dalam RM2.00)
  8. Sedikit bijan...(agak2..)
  9. Sesudu besar tepung gandum (untuk pekatkan kuah)
CARA-CARA
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak dengan api yang sederhana sampai masak. Kemudian tumbuk or blend (jangan terlalu hancur).
  2. Goreng bijan sehingga kekuningan 
  3. Rebus cili kering then blend.
  4. Cairkan gula merah dengan air panas kemudian tapiskan dan masukkan kedalam periuk saiz sederhana. Air lebih kurang 1/2 cawan or agak2 dengan jumlah gula merah yang digunakan.
  5. Panaskan periuk tadi kemudian masukkan kicap, sos cili, cili kering, belacan dan gula. 
  6. Masak sehingga mendidih...masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk/dikisar tadi. Setelah sebati masukkan pula bijan.  
  7. Bagi yang sukakan kuah pekat bolehlah masukkan sedikit tepung gandum.  Saya tak masukkan sebab saya suka kuah yang tak pekat...heheh
  8. Sejukkan dan boleh dicicah bersama buah-buahan...emmmm...sedap...

Thursday, May 17, 2012

MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA...

Hi all...hehehheh
Saje nak kongsi info yang menarik especially for women out there......for our health....My friend ada supply minuman kesihatan yang sesuai untuk yang mementingkan kesihatan dan kecantikan...Saye dah cube produk ni and ternyata bagus la jugak....kesan lebih ketara masa keje...badan tak letih dan mate kurang mengantuk macam selalu....pendek kate lebih bertenaga la...So sape-sape yang berminat boleh le bace info kat bawah ni..






Cocoa Collagen Power Plus mengandungi:



Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit

Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri

Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung

Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan

Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan



Khasiat COCOA COLLAGEN POWER PLUS :-


Membantu mengimbangi hormon

Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut

Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit

Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung

Melambatkan proses penuaan

Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri

Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah

Mencerahkan kulit secara semulajadi

Memberikan tenaga

Membantu mengurangkan keguguran rambut

Melancarkan peredaran darah dalam badan

Mengimbangi berat badan

Meningkatkan daya penghadaman

Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot



Cara pengambilan COCOA COLLAGEN POWER PLUS :-


- Bancuh dengan sedikit air panas bagi melarutkannya.

- Tambah air supaya suam dan mudah diminum.

- Disarankan ambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong bagi memudahkan proses penghadaman.



Siapa yang boleh mengamalkan CCPP :-


- Wanita belum/sudah berkahwin (18thn ke atas paling sesuai)

- Org tua/berumur.

- Ibu-ibu yang baru bersalin bagi tujuan menambah tenaga dan penyembuhan dalaman dengan lebih cepat.



PERHATIAN


- Ibu-ibu mengandung TIDAK DIGALAKKAN mengambil CCPP.

- Breastfeeding tiada masalah utk mengambil CCPP.

- Period boleh amalkan..

Monday, April 23, 2012

New Episode Begin!!!

Tangan terasa gatal untuk mencoret sesuatu....sesuatu yang ingin diluahkan tapi tak terkeluar dari mulut...namun hanya mampu diluahkan dengan tulisan.....


Keputusan untuk menghantar notis letak jawatan adalah satu tindakan berani mati yang penah aku buat....kadang-kadang aku sendiri tak pasti samaada tindakan dan keputusan yang telah aku buat itu betul ataupun hanya sekadar melepaskan geram yang sekian lama terpendam....sekadar melepaskan rasa tidak puas ati yang semakin membara di lubuk hati kecil ni.....tapi setelah berfikir panjang aku redha dengan apa yang berlaku...aku percaya Allah telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk aku.....


Tanpa sebarang jaminan kerjaya...dengan simpanan yang ciput di dalam akaun..aku nekad untuk memulakan hidup baru........So..the new episode now begin!!!!!


Aku bercita-cita untuk menjadi bussineswomen.....tapi modal yg ada tak cukup...so, aku mengambil langkah mudah untuk membuat bisness food delivery dari blok ke blok..(aku duduk umah flat..) dan khidmat penyediaan makanan untuk majlis-majlis kecil (kat opis lama aku dulu...)...Alhamdulillah...permulaan yang serba sederhana ini telah membuka pintu rezeki aku sedikit demi sedikit....Terima kasih Ya Allah.........di atas rezeki yang telah kau berikan.......semoga dengan berkat usaha dan keberkatan rezeki ini aku dapat mencapai cita-cita aku suatu hari nanti...And thanks to all friends for your support....


So...from that..dapat disimpulkan "rezeki ada dimana-mana....terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya...Nak seribu daya..tak nak seribu dalih....
Hidup ini akan lebih indah kalau kita cuba menghargainya....PEACE!!!!!!!

Monday, January 18, 2010

20 JANUARI 2010

Tanggal 20.01.2008 merupakan tarikh bersejarah buat aku n asben....Tarikh ni sgt2 bererti bagi kami kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang anak yg sgt comel. Dan kini...tarikh itu kembali mendatang cuma tahunnye yang berbeza. Disebabkan perbezaan tahun ini jugak maka bermulalah tahun baru bagi anak dara aku ni......dan menampakkan yang umurku dan suamiku(kena gak sebut....:-) yang semakin menggapai angka yang banyak...heheh...SELAMAT HARI JADI YANG KE 2 TAHUN KEPADA PUTERI SULUNGKU NUR AISYAH NADHIRAH BINTI AHMAD RIZAL. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA KAKAK DAN DIPERMUDAHKAN PINTU REZEKI BUAT KAKAK. HARAPAN IBU & AYAH AGAR KAKAK MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, PANDAI MENJAGA MARUAH AGAMA, KELUARGA DAN DIRI SENDIRI. DAN SENTIASA MENJADI KAKAK YANG TERBAIK KEPADA ADIK NUR HALIMATON SAADIAH. AMIN.........
Biarpun kakak tak tahu lagi apa erti hari lahir, tapi ibu tetap nak ucapkan. Ibu nak kakak tahu yang Ayah & Ibu sangat2 sayangkan kakak dan adik..Ibu & ayah tengah survey hadiah untuk kakak ni..... Sedikit perihal kakak:
1. Anak yang comel
2. Anak yang bijak
3. Anak yang pandai dengar kata...bila di suruh, ringan tulang..
4. Agak nakal jugak....tapi boleh dikawal..heheh...
5. Manja dengan ayah..dan atuk dia
6. Pantang nampak kamera..mesti nak posing...
7. Seorang kakak yang pandai jaga adik

Tuesday, December 8, 2009

WeLcOmE!!!!!










Haiiiii..........
I'm back........heheh...Nape ek?????

Selepas 2 bulan cuti bersalin aku kini dah 'start' keje..Rasa kekok nak mula keje sebab dh best dok kat umah...hehe...Anyway aku rindu nak berblog semula..kih..kih..kih......aku nak citer tentang aku sebelum, semasa and selepas bersalin...hik..hik.....

05/10/2009 - Time ni aku ada rasa mcm sakit2 pinggang..tapi tak mungkin nak bersalin kot sebab due lambat lagi 31/10/2009.....so wat bodo je pi keje mcm biasak siap wat overtime gi....kul 7.30ptg aku balik keje ajak asben aku yg namanya Ahmad Rizal tu pi pasar malam...malas nak masak nak makan yong tau fu...tringin kononnya....

  • 06/10/2009 :
  • Jam 0400pg...rasa mcm terkencing atas katil...aku bangun tengok atas katil basah ke tak...asben aku tengah syok mainkan lagu dengkur dia...mls nak kacau...atas katil tak basah pun..aku pi toilet sebab rasa sakit perut mcm nak buang air besar...setel lepas ajat masih sakit perut lagi tapi wat bodo jek.....tido semula....lewat bangun
  • 0645pg tak sempat nak mandi nak solat subuh...masa nak bangun rasa mcm terkencing lagi...kompius...pehal lak aku ni asyik terkencing dlm kain je ni.....tapi pelik gak tak bau pun...tapi mcm bukan terkencing jek...amek mop lap..(jadi maid jap)...last2 lupa nak solat subuh..Astaghafirullah.......
  • 0715pg..bagi cadangan kat laki aku jgn pi keje sebab aku dh rasa semacam. pi toilet cek ada darah sket..sket je..tak banyak....tapi doktor ckp kalu ada darah pi spital...asben aku dgn kompius ikut cadangan aku..tapi sempat tanya.."dah nak beranak ke?"...
  • 0800pg aku sms bos mintak EL nak pi spital. Sampai spital aku ngan asben jalan kaki dlm 50meter dari parking ke klinik bersalin...survivor.....masa tu aku rasa sluar aku dah basah.

  • 0815pg...masuk wad...doktor cek ckp aku kena bersalin ari ni gak sebab air ketuban dah pecah abeh....Oooo.....yg kuar tu ari ketuban.......hikhik....
  • 0229pm aku slamat melahirkan seorang bayi perempuan yg agak tembam 3.32kg secara normal...Alhamdulillah...Ya Allah aku dan anakku selamat.....




Dan baby tu aku namakan dengan nama NUR HALIMATON SAADIAH...ramai org tanya aku nape bagi nama tu...aku tak tau nak jawab sebab masa ngandung 6bln dulu aku tringin dan nekad nak letak nama tu kalu pompuan.....So.............